Loading..

Product was successfully added to your shopping cart.





About Us

Rana Aswad tidak asing lagi namanya dipesada fesyen tanah air. Mula beroperasi pada 19 November 2010. Merupakan butik fesyen yang menpertengahkan fesyen konsep muslimah terkini, ringkas, moden dan elegan. Sesuai digayakan di majlis-majlis formal mahupun tidak formal dan aktiviti hujung minggu bersama rakan-rakan serta keluarga. Rana Aswad adalah jenama eksklusif dibawah syarikat Rana Aswad Sdn Bhd (1088769-T), Malaysia.

Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada para pelanggan Rana Aswad telah memilih Bukit Indah, Ampang sebagai pusat operasi. Di Rana Aswad kami telah menyediakan pelbagai aneka pilihan warna, sentuhan reka bentuk fesyen yang pelbagai serta jenis material/kain yang pastinya berkualiti, pasti membuat anda menjadi rambang mata untuk menilai.

Bagimana pula bagi pelanggan yang tinggal jauh dari Bandar metropolitan ini? Jangan risau, kerana anda masih boleh membeli secara online terus dari Rana Aswad. Kemudahan teknologi pada hari ini cukup memudahkan para pelanggan untuk melanggan terus barangan keluaran Rana Aswad di atas talian. Kemudahan media social seperti Facebook juga berperanan penting untuk memudahkan para pelanggan untuk membeli secara online. Anda boleh melawati Facebook Rana Aswad atau terus melanggan di online shop Rana Aswad www.ranaaswad.com. Galeri gambar yang disediakan pasti memudahkan anda dalam memilih produk keluaran Rana Aswad sesuai dengan citarasa mengikut panduan butiran produk yang telah disediakan. Pembayaran menerusi internet bank in juga amat memudahkan anda membeli belah dari rumah dengan mudah, jimat masa dan tenaga. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan melanggan dari talian tetap 03-42806441, 03-428804669 dan 03-42808669. Talian ini dibuka sepanjang hari bekerja sahaja dari jam 9.00am-6.00pm.

Fabrik kain di Rana Aswad dalam menghasilkan sesuatu produk amat dititikberatkan kualitinya. Jadi anda tidak perlu risau tentang kualiti hasil produk yang pastinya terjamin dan bermutu tinggi. Bahan fabrik diimport dari negara jiran, seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Korea. Namun harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan pastinya mampu dimiliki setiap lapisan masyarakat.

Mula beroperasi pada tahun 2010 dengan modal RM10,000 akhirnya Rana Aswad berjaya menempah nama dan mula dikenali. Rana Aswad amat menjaga kualiti produknya, dari bahan material yang digunakan sehinggalah kekemasan jahitan dalam menghasilkan rekaan untuk kepuasan para pelanggan.

Pada hari ini, Rana Aswad telah menghasilkan empat rangkaian produk dibawah jenama tersendiri. Iaitu rekaan jubah, cardigan, shawl (bawal) dan halfmoon shawl dengan sentuhannya yang pasti menambat hati. Namun untuk produk cardigan, produk ini masih lagi dalam proses pemajuan.

Rekaan terbanyak yang dikeluarkan oleh Rana Aswad adalah rekaan jubah moden. Terdapat pelbagai pilihan rekaan jubah yang mengekalkan konsep moden, sopan, ringkas, dan elegan. Sesuai dikenakan untuk kemana-mana sahaja, dari aktiviti santai sehinggalah ke majlis formal. Jubah Rana Aswad, jubah serba guna. Terdapat hampir 53 bilangan rekaan jubah yang berbeza warna dan fabrik mengikut 11 jenis konsep rekaan. Jubah Rana Aswad boleh didapati sama ada dengan rekaan berunsurkan flora atau pun tanpa sebarang corak. Saiz jubah pula sangat sesuai untuk remaja dan dewasa. Ia boleh didapati dalam ukuran saiz minimum XS, dan paling maximum dalam saiz XXL. Harga juga amat berpatutan dengan harga serendah RM150 sehingga RM199 seunit. Rana Aswad juga menyediakan potongan harga sebanyak 20% untuk jubah yang terpilih. Jadi, para pelanggan boleh membeli sambil berjimat.

Manakala Halfmoon shawl Rana Aswad menawarkan tiga pilihan koleksi bawal dengan harga yang sedikit berbeza mengikut keunikan rekaan dan jenis fabrik. Antara koleksi halfmoon shawl adalah Dawn-Printed 02 dengan harga RM39.00, Dawn-Two tone 03 dengan harga RM59.00 dan akhir sekali Dawn-Exclusive Halfmoon Satin 01 dengan harga Rm79.00. Dawn-Exclusive Halfmoon Satin merupakan produk halfmoon shawl terlaku buat masa ini.

Beralih kepada produk terakhir Rana Aswad iaitu Shawl (tudung jenis bawal). Tudung bawal jenis ini juga boleh didapati dalam tiga jenis rekaan. Namun kali ini hanya berbeza dari jenis corak dan warna sahaja. Oleh itu, ketiga-tiga rekaan ini ditawarkan dengan harga yang sama sahaja iaitu RM45.00 seunit. Shawl berkonsepkan Dawn-Viole 03 yang berilhamkan keunikan corak ala-ala safari dengan padanan warna kelabu asap yang pasti menaikkan seri si pemakai. Shawl Dawn-Viole 02 dan Dawn-Viole 01, masing-masing menerapkan konsep flora atau bunga-bungaan (blossom), berwarna biru gelap dengan padanan jalur kuning emas di tepi tudung tersebut sememangnya pasti memikat siapa sahaja yang memandang. Kedua-dua shawl Dawn-Viole 1 dan Dawn-Viole 02 adalah produk terlaris Rana Aswad. Ukuran ketiga-tiga shawl ini boleh didapati dengan ukuran tetap 75.5”x25.5”.

Rana aswad turut menyediakan royalti setiap pembelian produk. Jadi para pelanggan boleh membeli sambil mengumpul point belian setiap pembelian. Setiap point pembelian terkumpul, para pelanggan boleh menebus point tersebut dengan baucer pembelian. Selain itu juga, Rana Aswad menawarkan perkhidmatan jualan secara atas talian dengan memberi perkhidmatan pos percuma untuk setiap pembelian produk Rana Aswad di seluruh negara, semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk perkhidmatan pos domestik ke luar negara pula Rana Aswad menawarkan kadar caj terendah untuk sebarang pengeposan jual beli (tertakluk pada terma dan syarat). Untuk melanggan produk keluaran Rana Aswad, anda dinasihati untuk melanggan segera bagi mengelakkan kehabisan stok.

 
Phone Order: +603-4280 6441 | +603-4280 4669 | +603-4280 8669 | +603-4285 6661

No products in the cart.

 


Testimonials

Check this out what our client said:
Salam sis, sy nak kongsi gambar majlis resepsi adik ahad lepas, saya pakai Rana Fitrina...sgt selesa n ramai yg puji..alhamdulillah.
Ashikin Hiroshi
AsSalam sis, Baru dapat manggayakan rana signorina hari ini. Material dress sgt best! Xpanas Saiz pun sesuai dengan saya... tq Rana Aswad.
Izatul Iffah Moktar 
Sis, seriously suka sgt2 rana sophiena ni, rmai puji cantik. Insyallah nnt nk beli lg..
Fatin Baharuddin 
Tq Rana Edora sy da sampai tqvm... Jubah yg amat cantik dan selesa... Suka sangat2... Keluarkan jubah yg cantik lg sy pasti akan membelinye lg...
Del Delaila Sj
 
 


Follow Us @FB